dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Klik Dengan Bijak @ Kidzania Kuala Lumpur

25 April 2016 | Aktiviti Terkini

Ahad, 24 April 2016 – Satu program kolaborasi antara MCMC dan Kidzania telah diadakan di Kidzania Kuala Lumpur (KZKL) untuk memberi peluang kepada kanak-kanak yang juga ahli PI untuk merasai pengalaman bermain di KZKL. Sebanyak 12 buah PI telah terpilih untuk menyertai program ini di mana setiap PI membawa 18 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 7-12 tahun dan 2 orang dewasa sebagai penjaga.

Program ini berlansung selama 6 jam iaitu dari 9.00 pagi hingga ke 4.00 petang. Acara dimulakan dengan taklimat oleh petugas Kidzania tentang perkara yang perlu dititikberatkan sepanjang berada di KZKL tersebut bagi memastikan kelancaran program.

Seterusnya, bertempat di sebuah dewan, satu sesi mengenai Kempen Klik Dengan Bijak telah diadakan oleh wakil-wakil dari MCMC. Peserta di tayangkan dengan video-video KDB, dan sesi soal jawab kuiz KDB. Acara seterusnya ialah bermain permainan yang ada di KZKL tersebut di mana KZKL menyediakan persekitaran yang unik kepada kanak-kanak untuk meneroka pelbagai pertubuhan bagi peluang untuk mencuba pekerjaan yang berbeza. Di Kidzania Kuala Lumpur, terdapat 60 pertubuhan yang mempunyai kira-kira 90 peluang pekerjaan kepada kanak-kanak untuk diterokai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.